KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam ucapan penangguhan berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama baik dalam memastikan perjalanan mesyuarat kali ini sempurna walaupun berlangsung pada bulan Ramadan.
Beliau berkata sesi kali ini telah meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, 14 Rang Undang-Undang dan tiga usul daripada Menteri Kewangan.
"Mesyuarat kali ini juga menyaksikan hampir setiap hari persidangan kita tidak berehat bagi memberikan peluang lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat (Ahli Parlimen) menyertai perbahasan," katanya.
Dalam ucapannya itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul al-Quran dan Hari Raya yang masing-masing diraikan umat Islam esok dan pada April ini.
"Semoga sambutan ini disambut dengan penuh keinsafan dan kegembiraan," katanya yang kemudian menangguhkan persidangan itu ke satu tarikh akan ditetapkan.
Sepanjang berlangsung, persidangan kali ini menyaksikan beberapa Rang Undang-Undang dibentangkan untuk bacaan kali pertama antaranya Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024, Rang Undang-Undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.
Turut dibentangkan buat kali pertama ialah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024, Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 dan Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024.
Sesi kali ini turut meluluskan beberapa Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023; Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023; Rang Undang-Undang Polis (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.
Tidak ketinggalan diluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024, bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM648,537,400 bagi perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam jadual kepada Rang Undnag-Undang berkenaan bagi tahun ini.
Permohonan peruntukan itu juga susulan penyusunan semula beberapa kementerian yang turut dinamakan semula selain penubuhan kementerian dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian lain selaras dengan pembentukan Kabinet baharu pada 12 Dis tahun lepas.
Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 24 Jun hingga 18 Julai disusuli mesyuarat ketiga selama 35 hari dari 7 Okt hingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Johari berkata sesi kali ini telah meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, 14 Rang Undang-Undang dan tiga usul daripada Menteri Kewangan. - Gambar fail/Bernama
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.